4.2.11

tidak nampak atau tidak mahu memandang?

dia terlalu jatuh.
dia mimpikan bintang yang menghulur harapan.
dia terkenang bulan yang mengatur senyum dan anggukan.

tetapi mimpi.
dan sebenarnya, apa yang perlu dia lakukan bila di luar mimpi?
terus mimpi juga, atau angkat saja kaki dan pergi?

kau cuma perlu ceritakan kepada dia yang sebetulnya bagaimana.
biar dia jelas kerana sekarang dia terhiba-hiba mengait setiap perkataan yang ada cahaya.
dia konon ukir tawanya untuk alasan mahu terus teguh di situ.

sebagai seorang perempuan biasa, dia sebenarnya terlalu jatuh untuk tidak diambil jiwanya dan dipijak-pijak pula sebuah hatinya.
sebagai seorang perempuan biasa, dia tahu orang mentertawakan dia untuk setiap langkah bodoh yang diambil dalam mengejar bayang-bayang mati yang tidak pernah ada.
ketawa terus.
sebagai seorang perempuan biasa...

perempuan tidak punya hak memilih.
perempuan cuma boleh tunggu untuk dipilih.

adil manusia, jangan tanya dengan manusia. tanya dengan Tuhan.

dia sudah jumpa sebuah pintu. dia mahu ke situ. jangan ikut, kerana ianya bukan kamu-kamu semua yang tersenyum lirih mengajak dia ketawa.

cuma ada sebuah jasad yang empunya nama.
dia terdiam.

1 comment:

afdhalluddin said...

perempuan tidak punya hak memilih.
perempuan cuma boleh tunggu untuk dipilih.
sgt suke ayat ini....