16.2.11

yang kita-kita

kita rasa kita tak punya apa-apa
kerana kita lihat orang lain ada apa yang tidak kita punya.

kita biarkan dunia mengawal kita
kerana kita memilih untuk tidak mahu mengawal diri sendiri.

kita biarkan diri dikaki dimaki dengan tidak membela
kerana kita rasa apa orang kata itu betul-betul belaka.

kita tidak mahu kuatkan diri mengambil langkah berani
tinggalkan segala dendam benci di belakang,
mara ke depan tak ada yang tentang.

sebab kita memang selalu fikirkan orang.
kata orang pandang orang fikiran orang
supaya kita dilihat mulia tak ada cacat cela,
untuk kita dilihat sempurna.

sebenarnya
kita cuma perlu berpegang pada hakikat yang kita ini manusia,
mungkin punya apa-apa mungkin juga tidak mempunyai segalanya.
kita cuma perlu percaya pada cerita Tuhan bahawa kita dijadikan setiap satu diantara kita
punya beza dan punya juga serupa.
kita cuma perlu ingat bahawa kita bukan selalu akan hidup dengan rasa orang lain
tidak juga akan mati dengan rasa di hati sendiri.

kita punya pro dan kontra.

ada antara kita yang pabila memilih meneruskan perjalanan
akan bertukar menjadi lebih toleransi,
mungkin juga kurang ajarnya 'kan lebih meninggi.

tak susah, kita cuba rasional.

3 comments:

Marr Misrawi said...

LIKE disitu :)

s.u.h.a said...

nak LIKE jugaklah.

Nisha Ismail said...

Marr, suha : :)