28.2.11

Maskara 25: Malam Pelukan.

Sabtu malam, aku gerak dengan kawan-kawan yang macam biasalah kehulu kehilir event pun muka sama.
kami ke Maskara 25.
biasalah, aku kalau tidur cukup makan banyak punggung makin lebar pun orang akan tanya juga aku sakit ke, sakit ke.
penat juga nak menjawab.
nak buat macam mana kalau mata memang gaya kena penumbuk je.

aku anggap malam Maskara 25 ini secara personalnya Malam Pelukan untuk aku.
Tuhan tak jahat. tak pernah.
aku dapat peluk ramai orang cantik dalam satu malam.

sampai Aloy tegur waktu aku borak dengan Nadia, 'kenapa korang dari tadi borak tak habis-habis berpeluk?'
nak jawab apa?
itu mungkin tabiat aku yang paling menjengkelkan bila aku selesa dengan seseorang.
dan mungkin orang keliling dah meluat tengok aku asyik nak pergi peluk Kakak lepas dia selesai dengan Merocok-rocok malam itu. sorry ar wei.
mungkin perempuan tipikal semacam aku memang suka peluk orang.
yelah, dah baca novel melayu banyak sangat. emosi terlalu tinggi barangkali.

malam itu dengan persembahan Nuras, Ridzuan, suara manis dan wajah manis Kak Taheera Rosheena (beliau mengandung, tetapi maintain), puisi Petak, lagu-lagu Tri, semangat Kak Fynn dan 'be professional' Meta M, gila juga aku di Rumah Pena sebenarnya.
mereka punya perkataan sendiri untuk dideskripsikan.

aku tak tahu bagaimana cerita 'Suatu Pernah' orang lain. tetapi yang pastinya, malam itu masing-masing mengitar memori tentang 'pernah-pernah' mereka, termasuk aku juga.
cerita yang terlalu baby untuk aku.

entah kenapa, malam Maskara 25 sangat cantik malah terlalu cantik dimata aku.
satu sahaja perkara statik yang aku amat suka tentang Maskara sejak mula-mula terjebak dulu adalah manusia-manusianya.
mereka terlalu indah. blissful people. :)

peluk peluk.




kalau jatuh tetapi belum mati,
cepat-cepat bangun berdiri.
jangan terus dikelar nadi.

10 comments:

hamshira said...

belum puas peluk awak

Nisha Ismail said...

saya juga.
tapi puas dapat duduk sebelah awak sepanjang malam. :)

nizamsani said...

nak juga.

Anonymous said...

kak nishaaa
malam tu Malam Pelukan buat nadia juga..
nadia tak puas jumpa nak peluk kak nisha...
hehe ..=D

biaq p ja kalau ada yang meluat ke apa..
bukan kak nisha kacau orang pun ..

seronok sangat jumpa kak nisha..kak fynn dengan kak faz ..
penuh kasih sayang semuanya ..

nasib baik mak ikut ,abang yus ada..boleh la balik lambat-lambat berkepit dengan kak nisha..hehehe..

love you kak nisha ..=D

Nisha Ismail said...

nizamsani: :)


nadia: hahaha. best kena buli? :p

love you too sis. :)

Ikin said...

Nak kena peluk jugak :(

Para Jamaludin said...

kelar2 nadi diam la sikit.

Nisha Ismail said...

kak ikin: pasti! nanti kita balik perak kenduri kak nurul ok? love you.

para: haha. haha. haha.

hariz said...

Nak gak

Nisha Ismail said...

haish. ni perempuan2 je ni.