4.12.10

waktu kecil main surat, bila besar main facebook.

baru-baru ni aku jumpa surat, segenggam.
surat-surat yang aku tulis berbalas-balik dengan seorang kawan waktu fasa UPSR.
setiap surat ada nombor; 1,2,3. sampul gambar basikal bunga-bunga.

dia kawan perempuan paling cantik di sekolah rendah dulu.
budak kelas sebelah.

bukan lesbo. ini adalah salah satu cara mengekspresi kasih dengan kawan-kawan.

macam-macam lagi aku jumpa, kad-kad harijadi, kad-kad raya.

tetapi yang paling menambat hati, surat-surat ini lah.
kata-kata semangat, biodata lengkap, tips-tips belajar, nasihat dan yang paling kelakar ialah pesanan 'jangan tunjuk dengan orang lain tau surat kita.'

hah hah.

tiba-tiba aku rasa kurang, sebab aku sebenarnya dah lebih 10 tahun lost contact dengan kawan yang aku selalu berutus surat masa umur 12 tahun ini.

aku search di facebook, jumpa! terus aku add.
mujur ada surat-surat lama ni, kalau tidak aku tak tau sampai bila baru aku ingat dia.
mesej-mesej di facebook, cukup untuk buat kenangan itu hangat semula. senyum.

rasa bahagia gila bila dapat jumpa kawan lama.
lebih bahagia daripada jumpa lelaki idaman.
budak-budak sekarang ada ke yang nak tukar-tukar surat bagi kata-kata semangat dengan kawan-kawan?

berebut boifren lagi ada.

aku rasa tulisan bila diberi sebagai tanda ingatan, nilainya tinggi tak boleh nilai.
sebenarnya kata-kata itu yang mahal. :)


* nanti sem depan nak tukar surat dengan Para Jam ah sebelum midterm. ha mampus.

4 comments:

Redzuan said...

Budak tu agak2 aku knal x?

Nisha Ismail said...

tak. ni bukan sekolah kampong jawa ni pakcik..

Para Jamaludin said...

nk tukar dengan aku?
ok, aku dah nampak siksa dunia kat situ. hahahaha!

Nisha Ismail said...

hahaha. siaplah kau.