12.12.10

manusia, spesifiknya kau.

kau tak suka makan nasi kat rumah Mak Cik Rogayah sebab Mak Cik Rogayah masak lauk gulai pucuk paku.
kau cakap kat Mak Cik Rogayah kau diet, konon nak jaga hati dia.
padahal kau nak pergi makan kat rumah Mak Cik Mazenah sebab Mak Cik Mazenah buat lauk ayam kampung panggang.
lagipun Mak Cik Mazenah ada anak dara rambut kaler orleng.

kau ingat Mak Cik Rogayah bodoh, dasar orang kampung. tak tahu fasal diet.

samalah dengan hal-hal cinta.
kau selalu ingat orang lain bodoh.


tengah ketawa? ketawa dengan siapa, kawan karib?
selalunya orang yang suka ketawakan kekurangan orang lain ini adalah yang sering merasa dia sudah cukup bagus.
hakikatnya cuma untuk menutup kekurangan diri sendiri yang tidak cukup mana pun bagusnya.

aku kecewa tetapi belum juga tukar desktop background.
sekurang-kurangnya aku mengaku.
aku tak lari.

3 comments:

afdhalluddin said...

sangat besh...
saye suke..

Nisha Ismail said...

oh. best apa.

afdhalluddin said...

cerita anda di atas...