9.11.10

nak berjaya tak?

"jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam,
tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang."
-Imam Syafii.

sebab itu menuntut ilmu kalau boleh sampai ke China.
tapi sekarang yang sampai Liverpool bagai pun ramai. hensem pulak tu.

dan sebab itulah aku rasa,
tak ada masalahnya pun kalau belajar bahasa asing.
kena belajar Bahasa Inggeris, apa sangat masalahnya?
sampai nak kecoh satu facebook orang melayu lupa daratan apa kena?

apalah.

ada satu pepatah arab yang aku ambil dari novel Negeri 5 Menara, A. Fuadi.

'bahasa asing itu adalah anak kunci kepada jendela-jendela dunia.'

belajarlah.
nak belajar Bahasa Korea pun tak apa.
kalau dapat Urdu lagi setail.
untung-untung nanti boleh terjemah Quran.

2 comments:

nuridrin said...

adik saya yang ambil tesl pun mengalami masalah yang sama. belajar je itu, dekat rumah cakap melayu juga.

macam-macam orang yang ada rasa dengki ni punya peel.

Nisha Ismail said...

kena ada jati diri. :)