12.11.10

manusia cepat lupa

tak beringat, tak belajar dengan sejarah.
macam ini lah jadinya.

memang manusia cepat lupa. manusia. bukan Melayu saja.

Madam untuk subjek periksa aku pagi tadi,
adalah Madam yang sama untuk subjek aku masa tahun kedua dulu.

dia bagi hint katanya, baca empat bab terakhir untuk kertas periksa akhir.
bangga, aku pun bacalah empat bab terakhir dengan sangat pulun.

aku lupa dulu masa subjek yang tahun kedua,
dia hint-kan lebih kurang stail yang sama.
baca bab sekian-sekian untuk periksa kertas akhir yang bilamana sampai hari periksa,
satu soalan bab sekian-sekian tu tak ada yang masuk pun.

yang masuk adalah bab yang dia tidak ada sebutkan langsung.

sama macam kertas periksa tadi, aku cari soalan yang dari empat bab terakhir hampeh tak ada.
yang ada semua bab paling awal dia pernah ajar.

itulah, manusia cepat lupa.
mana nak ingat lagi dah aku bab-bab awal tu hah.

memang bukan warna-warni berterbangan dah kertas periksa tadi.
tak nampak warna langsung!

subjek masa tahun dua dulu aku kena ulang.
jangan subjek tahun empat ini pun kena ulang.

tua di kampus lah gayanya.

plan aku sebelum keluar dengan Para Jam petang nanti, dan melarut malam nanti,
aku mahu isikan setiap kosong dengan a note not to see.
walaupun tiada entri baru.
aku cuma suka selak entri lama secara berulang-ulang untuk timbulkan rasa keberadaan.

lama sangat tak menghadap.

2 comments:

afdhalluddin said...

sy bersetuju dgn anda dalam hal nie...

Nisha Ismail said...

ini kes tak ingat nota.
haha