10.11.10

di atas sejadah pagi

pagi tadi dari tempat tidur yang hampir dua tiga malam buat aku resah tidur ini aku nampak
ada kelibat gadis bertelekung yang teresak-esak menangis,
menangis sambil melihat kiblat.

melihat terus,
mencari Tuhan.
menanya Tuhan.

dalam keadaan dia berpakaian labuh putih besar begitu aku rasa seram, menegak bulu roma.
rasa aku kali terakhir lihat esakan dia yang begitu, bukan di tikar solat tetapi di atas katil bertingkat beberapa tahun lepas.

dia adukan ke Tuhan mengenai kesakitannya.

terlalu ramai mahukan hatinya tetapi yang dia pilih untuk memegang hati itu entah dimana.
langkah dia ini tersilap, atau mungkin sekadar jalan penyelamat Tuhan untuk tidak biar dia jatuh ke gaung nafsu.
dan aku dengar dia katakan ke Tuhan untuk tutupkan saja,
biar hati dia cuma ada satu nama,
biar hati dia cuma untuk Tuhannya.

dia tidak tahu mahu duduk, berdiri atau berlari.

aku dengar lagi dalam esaknya, kata dia,
"Tuhan, tarik dia pergi kalau dia bukan jodohku.
kekalkan yang benar untuk bawa aku sampai kepada-Mu.
kalau bukan dia, aku pinta yang sebenar-benarnya nanti tinggal kekal, temani aku.
walau aku tidak tahu siapa yang Kau tentu.
bawa pergi yang bukan jodohku satu persatu.''

dan aku ikut menangis memeluk gadis ini dalam sendu dia pagi tadi.

jalan menuju bahagia itu salah satunya ialah dengan berhenti mengejar yang tidak mampu kita raih.

No comments: