23.11.10

bukan miracle, tetapi power of God

kuat betul guruh tadi.

demi Tuhan,
hari ini aku ketakutan.
aku cantumkan setiap ayat dan kata-kata membentuk semangat dan aura positif.
untuk menampakkan ruang peluang.

aku persis gadis koma.
di kanan akhirat di kiri dunia.
sampai nanti Tuhan putuskan hidup atau mati aku, baru aku tahu masih ada atau tidak nyawaku.

belum ada keputusan, atau tidak akan ada keputusan.
spesifiknya pilihan.

aku mungkin menjadi yang paling kecewa, namun
aku berharap besar untuk menjadi yang paling gembira.

aku tak percaya magik atau keajaiban.
yang aku percaya kuasa Tuhan.
sekali ini aku minta ada sesuatu terjadi, ada anugerah.

buka sedikit sahaja pintu rumah kegembiraan.

No comments: