15.10.10

Tuhan tolong lagi.
walaupun nak terkeluar biji mata aku berjaga baca nota tup tup pergi batal pulak ujian, tak apa.
Dia memang tolong.

pagi-pagi tadi aku terjaga dan tiba-tiba aku rasa aku bukan di Gombak, tetapi di Kelantan.
ummi Mira datang dari Kelantan dengan Makcik dan adik lelaki dia,
naik solat subuh kat bilik. adik lelaki, tak memasal kena pakai selendang nak naik hostel perempuan.

kalau aku tahu ujian bakal dibatalkan,
cepat-cepat aku confirm kehadiran untuk sesi pendaftaran photoshoot petang ini.
ujian batal, photoshoot pun tarak. yilek.

itulah, Tuhan tolong banyak sangat.
tapi Dia tak suruh tamak.

bukan rezeki aku nak dapat job tu, redha sudah.
mungkin rezeki tempat lain.

ini petanda tak baik ke, gitar aku jatuh semalam?
atau petanda baik tersedak teruk makan lai chee kang malam tadi?
kawan kata kalau tersedak makanan pedas orang kutuk, tersedak makanan manis orang puji!
kehkeh!

5 comments:

Para Jamaludin said...

ayat paling best:
tuhan tolong banyak sangat, tapi dia tak suruh tamak.

terbaekk!

Nisha Ismail said...

jom mewarna?

Para Jamaludin said...

mari2(time ni dh sudah pun)

hariz said...

ayat paling best ; gitar jatuh??!!

Nisha Ismail said...

erk.
alaaa.. tak da apa pun.
sempat sambut.

uish.