23.10.10

rencana kita

life is too short for you to wait,
especially for things you would rather die for.

aku tak tahu aku mati bila. dan kau pun sama.
kalau kejap lagi habis aku hirup nescafe ni Tuhan kata cabut nyawa, cabutlah ia.
dan sebenarnya kita tunggu apa?
nak sembahyang tunggu nanti tua,
nak puasa tunggu tahun depan,
nak minta maaf tunggu kumpul silap banyak sikit.
tak tahu sampai bila.

untuk hal-hal wajib dan baik, jangan tunggu.
menyesal mengabaikan cinta itu pun tak akan sama dengan menyesal mengabaikan Tuhan.

ini fasal hal rasa lagi.
nak cerita benda betul pun tunggu.
belum sampai masa yang betul.
dan masa yang sesuai itu bila agaknya?
ada terlalu banyak perkara yang aku perlu konfes sekarang,
cuma belum pasti bagaimana mahu dimula, bagaimana mahu dibuka.

kerana sebab utama, aku masih gugup berdepan reaksi manusia.
risau kalau yang ada nanti hilang, yang belum bermula tidak sempat dimulai.

kalau masuk bab rasa merasa ini kalau sungguh-sungguh ada,
kadang-kadang kita tak perlu cerita tak perlu ayat lengkap.
angin lalu pun rasa debar.
tengok sekilas pun nampak jelas.

rancangan kita tak sama dengan rancangan Tuhan.

dan aku ganti perkataan tunggu kepada sabar.
tunggu itu melengahkan,
sabar itu meredhakan.

mungkin ini salah satu sebab Emily Dickinson kumpulkan semua puisinya di dalam fasikel,
dan simpan rapi di dalam laci.
banyak rasa yang manusia tidak faham,
yang cuma Tuhan faham,
dan rasa itu perlu disabarkan untuk sesi konfesi yang tidak tahu bila.

kata-kata bermaksud doa menuju ke Tuhan itu boleh dibentuk pelbagai.
aku yakin Tuhan faham yang ini,
cuma rencana Dia lagi mantap sudah Dia sediakan.


* mak, adik tak dapat balik sampai minggu-minggu depan. peperiksaan di penjuru hampir.

* jangan lupa beli RAPI Disember yaww. :)

2 comments:

Para Jamaludin said...

dont make someone a priority in your life if you are still an option in theirs.

goodluck exam bebeh.

(captcha aku ni reingox. mcm rongau)

N.I said...

too bad i've nothing to prior about but myself.
opsyen selalu tidak adil.

sabar2 lah weh wish exam. haha.