9.10.10

Run Oliver Run!


aku belajar bahasa,
dan aku tak perlu faham matematik walaupun aku ada pilihan untuk cuba faham.

tapi tak perlu.

aku tulis blog aku,
dan aku tak perlu faham apa yang orang lain tulis dalam blog mereka.
malangnya aku pilih untuk cuba faham. pulun.

sampai aku menangis-nangis sebab tak faham.
tak faham, tetapi mahu faham.
aku kejam dengan kepala otak aku.

aku mahu faham tulisan atau orang yang merangka tulisan sebenarnya?
dem lah.

***

workload.
aku belum siap ass assignments bukan sebab aku malas! aku tak reti buat.
kalau tiap-tiap semester itu semester satu tahun satu kan bagus.
semester satu tahun empat ni macam sikit lagi boleh tarik nyawa.
kalau lagi, kalau.

nisha sekarang memang lembik luar dalam.
rasa nak lari laju laju macam Oliver, tapi punggung berat.
ish, hodohnya imagine diri sendiri lari laju laju.

No comments: