19.10.10

jangan tanya banyak, pukul kang

Ecah buat lawak.
hari ini hari kami bertiga bentangkan Morphology dan tiba-tiba Ecah tak datang kelas.
Madam M tetap suruh bentang dan akhirnya yang pergi depan cuma aku dan Para Jam berdua.
ralat sebabnya, kerja buat sama-sama tapi dah sampai giliran Ecah tak ada.
jadinya, bahagian Ecah cuma dibaca macam biasa.

tadi juga kena hantar research paper Pragmatics yang matilah.
aku tak tahu apa jadah aku tulis dan nanti Dr. Nor mesti curse aku punya.
tapi takkan la kot kan?

tadi aku rasa masa aku tengah bentang, ada sticker cili lekat dekat gigi.
ada ke? ke takda?
padanlah muka bila kelas lagi 5 minit nak mula tak sedar diri nak pulun makan bihun goreng paling sedap dalam dunia lagi.

dan lajak petang sikit nanti, ada lagi satu presentasi.
ini untuk volunteer participation, since markah aku untuk midterm Political Thought macam harlem sikit,
aku nekad petang ini ke depan juga.
kena membebel.
sekurang-kurangnya 2 markah kasihan dalam tangan.

and why on earth did i chose Political Science as a minoring course? damn.

aku aim lepas asar nak main badminton.
nak hayun batang reket tinggi-tinggi dan pukul bulu tangkis kuat habis punya sebab aku stress.

stress dengan manusia,
stress dengan kompiter,
stress dengan kertas,
stress dengan buku library lambat pulang nanti kena saman,
stress dengan perasaan.

ini semua jawapan untuk aku bapak emosi malam tadi, tak memasal.

dan kejap lagi, bulu tangkis, kau adalah satu objek yang aku bakal lakarkan satu imej manusia dan siap kau,
aku hentak-hentak kau dengan sekali jampi serapah semua.
biar kau rasa sakit macam cerita bomoh-bomoh dulu masa kecik-kecik.
yang kalau cucuk anak patung,
orang yang dituju tu rasa sakit sampai naik bumbung terjun mati bunuh diri. padan muka.

malam, aku ada date dengan Wani. a sister.

2 comments:

hentakbelipat said...

hentak-hentak jugak....cuba bawak minum pepsi dulu..tgk jauh mana gas dia pegi dlam perut...kan chill

Nisha Ismail said...

eceh. bang marwah kew bang pakai perkataan hentak-hentak ni.
haha..

chill, chill.
aku prefer nescafe ais.