21.10.10

cari life lah.

aku agak tersentap dengan seorang kawan yang memperlekehkan usaha dan keinginan aku.
katanya 'kau desperate' untuk gigih aku menghantar borang-borang dan permohonan.
aku desperate.

aku bukan yang selalu keluar malam ke club-club.
aku tak pandai makan di restoran mahal; salah satu faktornya kekang duit.
aku tak biasa menghabiskan hujung minggu ke resort peranginan dan berbikini.
aku bukan yang pantang ada filem baru kelam-kabut ke panggung nak menonton.
aku bukan yang masa lapang ke shopping mall jengah butik mng apatah lagi topshop apa jadah lagi roxy. tetap faktor utamanya duit.
(damn lah Nisha tak ada life. boo. )

mak abah tak kaya nak support aku pergi hu-ha tiap masa. mak abah kau kaya tak apa lah.

dan untuk mencari sumber kewangan di samping mencari pengalaman dan persiapan nanti-nanti,
bermula sekarang aku sudah hantarkan borang itu borang ini ke agen sana sini selain menyisip hasil-hasil tulisan walau aku tahu tidak seberapa.
untung sabut timbul.

tak kan lah nak perasan kita ni bagus sangat sampai kerja yang cari kita, bukan kita yang cari kerja?
aiyoo.

dan untuk desperate aku, aku dah dapat dua tiga job.
kau ada?

8 comments:

o kambeng hitam o said...

nisha, makan byk sikit! mkin kurus.

oh btw. kerja sungguh2, nnt blh mkn sedap2 :P

Nisha Ismail said...

mana kurus punnn!
alah. duit takde. :p

awak comel lah tadi, sebab lama tak jumpa. :)

Para Jamaludin said...

loser memang selalu nak berdengki dengan awak.

biasalah.

ramai yang nak berdengki mmg susah.

Nisha Ismail said...

dengan awak pun ramai yang dengki.

kita buat ajelah kerja kita.

Para Jamaludin said...

bayekkk!

muhamad imran said...

tengah apply job ke nisha? wahhhh

Nisha Ismail said...

huhu.
sikit-sikit lah leman..
yg mana ada..

Hayati said...

aku sokong..hahaha..at least nisha berusaha sbb kita mmg bkn org senang..so kenalah desperate nk keja..betol x nisha..