30.10.10

bayang-bayang

kau sudah sampai di pertengahan perjalanan,
tiba-tiba kau sedar kau bersendirian.
pada mulanya kau sangka kau berteman, rupa-rupanya itu cuma bayang-bayang.
yang bila dipegang tiada dalam genggaman,
dipijak tidak mati,
dihembus tidak melayang.
kau tidak tahu apa seterusnya tindakan.
mahu ke belakang sudah jauh kau meninggalkan,
mahu ke hadapan makin berduri laluan.

kau seorang.

lalu kau menangis semahunya kerana kau tidak punya bekalan.
kau tidak ada persediaan.
kau rasakan bila kesusahan di tengah jalan, kau bisa berpaut pada yang kau sangka teman.
teman yang bayang-bayang.

jadi sekarang apa?
kau rasa rasa yang Tuhan bagi pada kau, Tuhan bagi juga pada dia?

kau di pandang mata dia umpama salah seekor burung camar yang di dalam kumpulan.
yang beramai. yang berhimpunan.
dia bisa menembak, tetapi tembakannya tipis untuk kena ke kau.
dia bisa mencuit camar yang lain.

kau di pandang mata dia umpama selerakan layang-layang di Taman Metropolitan.
yang bersesak. yang berlawan.
dia bisa membaling objek tajam, cuma untung nasib bisa putuskan kau.
dia bisa menarik lelayang yang lain.

kasihan kau kerana yang kau idam cuma bayang-bayang.

aku dengar kau jawab dengan diri sendiri, kau sangat mahu bersabar.
dan kau harap bayang-bayang itu dengar.

bayang-bayang tidak mendengar, sayang.

yang mendengar cuma Tuhan atas sana.
maka kau perlu berkuat.


4 comments:

Para Jamaludin said...

layang2 tu mmg layang2 kan? bukan burung layang2 kan?

sabar. walau aku tahu tak boleh.

tepianmuara said...

uh.


sendiri pun kita ramai sebenarnya.

err..terpulang mahu memaknakan.

Nisha Ismail said...

para: yeh bebeh. betul betul. lek luuu.

TM: :) kalau tak ramai pun, tak seorang. ada yang atas.

Anonymous said...

saya rasa saya sedang melalui fasa itu.hm.