18.7.10

hidup mati


tengahari semalam, kawan saya mesej.
ajak join ke klpac, tengok performansi.
malangnya, saya sudah punya janji dengan teman-teman, mau ke Time Square, jalan-jalan.
dan mesej dibiar sepi, saya fikir dia menerus kehidupan seperti biasa,
ke mana-mana, mungkin membuat perancangan ke klpac sama yang lain.

petang saya terima satu mesej, dari kawan saya tadi katanya ibu bapanya kemalangan,
dan dia dalam perjalanan pulang ke Seremban.

hampir malam, satu lagi mesej dari kawan saya tadi katanya,
ibu bapanya sudah tiada. kedua-duanya.
kalau saya yang membaca jadi luluh, apatah lagi dia.
dan untuk dugaan sebesar itu saya benar-benar harap dia gagah, tabah.
memang sukar, kerana yang hilang bukan satu, tapi dua.
insan yang paling hampir, paling dekat.

sekarang saya tak tahu dia bagaimana, kerana saya sendiri keliru apa yang patut saya ucap, saya cakap.
vaani kata, jum pergi Seremban melawat.
saya risau menyusahkan kerana ketidakbiasaan dengan keadaan jalan di Negeri Sembilan.

kita tak pernah tahu, kita tak pernah sangka.
kerana seperti yang Dia janji, apa yang Dia beri di dunia kan semua pinjaman.
nyawa kita juga pinjaman, sampai suatu masa akan ditarik akan diambilNya semula.

harap-harap dia kekal tabah.
InsyaAllah, doa anak soleh sentiasa jadi bekal untuk arwah.

Al-Fatihah untuk ibu bapa awak.

4 comments:

o kambeng hitam o said...

alfatihah.
:(
semoga dia kuat

Nisha Ismail said...

terima kasih yun..
harap-harap dia tabah.
alfatihah.

hudhud said...

Ya Allah, sedihnya :(
Al-Fatihah dan takziah untuk ur frnd tu.
cudnt imagine macam mana if my parents takde :((

Nisha Ismail said...

it must been so hard.
thank you hudhud.
Alfatihah.