24.5.10

besar-besar sudah semuanya


semua udah gede, udah nikah juga. :)

dulu,
dengan satu geng itulah habuan bertekak.
pantang berjumpa, geng laki sana geng perempuan sini.
raya-raya, masing-masing nak sama nak sedondon.
taknak kalah.

dulu ah.
tiba-tiba sekarang masing-masing dah fikir nak salam tok kadi, nak tempah baju pengantin bagai.
sepupu-sepupu saya yang udah gede,
rindu loh zaman tidur berbaris masa malam raya,
zaman baju melayu siapa entah tercucuh bunga api,
zaman bergaduh berebut itu ini, kutip duit raya sampai hujung kampung.
sekarang dah naik pelamin. oh yeh.

tahniah yang di Temerloh, Asyraf dan Kak Lisna.
nanti kita pulang Bagan Serai pula. untuk Mimie dan Mamunya.
haha.

* gambar kenduri ada sikit, nantilah kalau rajin saya upload. selebihnya, tunggu saya curi dari yang berkenaan.


2 comments:

amalina sahaja said...

pulang bagan serai,perak?
waa kampung saya :D

MIMIE HASZMIZA said...

zaman motor jatuh dalam parit ingat dak? hahahahah
best2.. ku nntikan kepulangan sedara maraku di hari pertunanganku.
wowww macam ramai je nak balik ni. best2..
sy boleh tersenyum dah skrg..