17.11.13

Happy much?


I am. :)


Sulit.

Kembali,

kerana detik ini tiada satu pun yang memahami.


*sapu-sapu habuk. 

17.12.12

Jenguk Rindu

Apa khabar para sahabat?

Saya rinduuuuuuuu. :)

3.1.12

Salam sayang dari Nabawi


Salam sayang dari Nabawi.
InsyaAllah bila balik nanti, kita jumpa bertukar-tukar cerita ya?
*ok tipu berdosa.


Semoga sampai.

Semoga.
Semoga.
Semoga.

Salam sayang 3 Januari dari Nabawi. :)

2.1.12

Mengamuk

Kita marah polis kita pukul mahasiswa sampai koma,
tetapi kita tidak tanya kenapa polis pukul mahasiswa kita sampai koma.

Kita marah polis buat kerja macam orang gila,
tapi kita tidak tanya kenapa mahasiswa kita malam-malam buta di jalan raya, sampai polis menggila.

Kita marah polis ada senjata.
Mahasiswa kita tidak buat apa-apa, cuma perang kata-kata.

Kita marah. Kita caci dan kita maki.

Polis kita garang, baran juga ya?
Pukul manja-manja apa salahnya? Kenapa sampai jadi koma?

Tak pandai borak politik. Sekadar tengok dari sudut tengah.
Pensyarah aku ada cakap, manusia akan bertindak apabila diprovok.

Mahasiswa diprovok? Atau polis diprovok?
Dua-dua sama.

Anak-anak kita kuat berlawan.
Mereka berani.
Tetapi mereka tidak mahu mengundi, takut kerajaan menipu kira undi.
Anak-anak cina india pula pulun study. Mereka punya visi dan misi.
Di dalam diam mereka perhati.
Bila tiba waktu mengundi, mereka undi.

Kalau kita tahu atasan kita kuku besi, sebenarnya sudah tiada kesan kita ke jalanan menjerit minta itu minta ini.
Kerana kita pasti tahu kesannya nanti untuk diri.

Apa kata cuba cara lain, yang tidak memakan diri, dan paling penting tidak juga ibu dan ayah luluh hati.

Bila awak koma, ibu bapamu berduka.
Salahnya polis, tetapi siapa yang mula?

Akarnya diri. Dedaunan, bebuahan nan rimbunan pohon itu adalah penyatuan diri-diri membentuk komuniti.
Bukan rimbunan yang membangkit api, tetapi rimbunan yang menambah seri.

Darah anak-anak Malaysia, jangan dipandang sia.
Mereka muda, mereka bertenaga.
Tetapi polis ada senjata. Anak muda, jaga-jaga ya? ;)

Malaysiaku, semoga dibawah lindungan Tuhan sentiasa.


* pernah tengok bullfight? Lembu diam diganggu-ganggu, lembu marah, lembu yang salah.

1.1.12

Hari baru.

2012, selain sebuah lagi tahun memperbaiki diri, merupakan tahun menagih janji.
Janji yang belum tertunaikan kepada diri sendiri, juga kepada Tuhan hakiki.

Panjang umur, selain tanda Tuhan sayang, juga tanda Tuhan beri peluang.
Peluang kembalikan kasih sayang Dia itu kepada dunia kerana-Nya,
yang paling penting Dia beri peluang untuk terus-terusan sayangkan Dia sebelum ditarik nyawa.

Semoga hati ini hilang rasa hasad dan iri.
Semoga terjaga ukhwah tidak berdengki.
Semoga cinta dan kasih sentiasa diberkati.

Kalau panjang umur mahu ikut usrah. :)

28.12.11

Final Finals. :)

Hai semua.

Sorry nisha sekarang sibuk sikit, maklumlah tengah minggu final.
Nisha start first paper esok, then 31hb, 5hb dan 10hb.
Untuk pengetahuan semua, ini semester terakhir nisha sebagai undergraduate student.
Wish me luck okay!

Okay setakat ini dulu. Nanti nisha update lagi ye!


Rasa macam nak telan diri sendiri juga bila tulis gaya gini ye dak? Haha.

Paper pertama esok, 29/12/11, 'International Organizations', yang mana langsung aku sesat dan tidak terjumpa jalan faham sampai ke saat terakhir.
InsyaAllah, masih cuba sedaya-upaya.
Doa-doakan! (Doa diam-diam, nanti orang yang nak mengata tu kata nak tunjuk-tunjuk pula berdoa.Ye?)

Paper kedua 31/12/11, 'Arabic'.
Inilah maha menggeletar lutut yang sebenar.
Semoga mudah juga nak menjawabnya.
Level 6. Siapa sangka, yang dari sekolah menengah rasa tak boleh arab, arab susah, dua tiga kali gagal tapi gagah juga mendaki, akhirnya sekarang di level terakhir.
Minta doakan juga, kalau sudi. Lepas habis arab kita perciklah bunga api ke udara.

Paper ketiga, 5/1/12, tahun depan.
Kira lambat lagi punya paper ye dak? Yelah kau.
Ini 'International Political Economy'. Hah malas cerita. Susah.
Carry marks pun tak best tapi alaa, okaylah. Boleh makan.

Paper terakhir, 10/1/12, insyaAllah paper paling akhir sepanjang 4 tahun setengah bergelar mahasiswa.
'Critical Discourse Analysis'. Memang benda-benda kritikal ni dia letak last-last. Keh keh.
Alhamdulillah subjek ini kegemaran, mungkin semangat juga yang paling digemari.
Semangat semarak api!


Inilah saat-saat terakhir di taman ilmu dan budi kesayangan kami. Semoga semuanya baik-baik. InsyaAllah, this will be my final finals. Amin.

:)

14.12.11

Nota Sendiri

Saya,

sampai bila hidup mahu susahkan orang lain ni? :'(

10.12.11

Jika ini mimpi, semoga mimpi ini jadi nyata. Jika ini cita-cita, semoga tercapainya nanti sehangat kejora.

Sekarang,
saya cuma ada satu cita-cita.

Mahu membina keluarga bahagia.

Dengan si dia.

Semoga cinta yang ada berjaya kami bawa hingga ke syurga,
dengan dewa-dewi kecil kami bersama.
Dengan izin Dia pastinya.

Doakan ya? :)


* menyusur dzaman membawa bahagia. <3

8.12.11

Hilang manusia di dalam manusia.

Bila kita tengok orang lain yang lagi senang, kita selalu merasa kita tidak punya apa-apa dibanding mereka.
Tetapi kita lupa, sebenarnya ada yang lebih susah dan merana hidup mereka berbanding kita.
Kita perlu bermuhasabah, dan bersyukur.
Jika tiada syukur, cari ia.
Dapatkan ia.

Semalam waktu keluar untuk bayar bil broadband, ada dua tiga perkara yang buat aku rasa betapa hilangnya manusia di dalam manusia.
Alhamdulillah, ada rezeki buat bayar bil broadband.
Bila ada line broadband, dapat buat kerja. Macam-macam kerja.
Terima kasih abah, terima kasih mak sebab kalau tak ada yang berdua ini, aku ini kucar-kacir terumbang-ambing.

Semalam di LRT, ada seorang pakcik di stesen, bertongkat mencari arah. Dia kurang nampak.
Bertanya dia dimana kaunter tiket, 'pakcik tak nampak.'
Aku dan kawan baik bawa pakcik ke kaunter tiket untuk dapatkan tiket, dan tanya kemana.
'Pakcik dah 2 jam tunggu.'
'Pakcik tunggu kawan pakcik, tapi dia tak datang'.
'Call pun tak angkat.'
2 jam, dan manusia dia stesen ini semuanya kemana? Mata semuanya kemana?
Kenapa tidak dibawa duduk pakcik ini dan dibantu apa yang sepatutnya?

Anak-anak, kenapa biar abah jalan seorang dalam keadaan uzur bertongkat, seorang diri mencari kawan?
Kalau ikutkan aku yang cengeng, di situ juga tumpah airmata.
Dan sebenarnya kami berdua di dalam tren, masing-masing bergenang mengenangkan pakcik nan seorang.

Dalam perjalanan balik semula ke UIA, seorang anak gadis menengking, melengking suaranya menjerit kepada si ibu.
Tidak pasti apa yang dimarahkan.
Aku terpandang muka si ibu, nampak tersentak.

Sedangkan handphone putih yang awak pegang itu sayang, kasut awak, baju cantik awak, semuanya dibeli untuk awak oleh ibu dek kerana kasihnya dia terhadap anaknya.
Tetapi ibu itu ditinggal di belakang, bersama jalan yang menghentak-hentak, rengusan kasar si anak.
Tak tahu betapa luluh hati si ibu ketika itu.

Sepanjang jalan, di kepala aku cuma mak dan abah.

Mak, abah.
Kurnia Tuhan paling mulia pernah aku ada dalam dunia, yang tidak akan mampu digalang-ganti mereka.
Tapi kenapa masih ada yang tak pandang, tak rasa mak abah mereka berharga?
Bila aku kenang semula perangai-perangai aku dengan mak abah sepanjang hidup ni, aku rasa penuhnya dosa kalau nak dibanding jasa.
Tak terhitung! Rasa nak sujud minta ampun maaf tiap masa. Sungguh tak terhitung!


* semoga dijauhkan menjadi anak derhaka. Batu belah batu konkrit. :p